Pages

Exchange Link


Wednesday, March 21, 2012

#4 Wordless Wednesday




p/s - Gambar @ Bukit Gambang Resort City

Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi agent produk keluaran catalyst,boleh juga email kepada saya OK! stokiscatalyst@gmail.com call /sms 012-9702415 peluang perniagaan menanti anda! http://stokiscatalyst.blogspot.com

Monday, March 19, 2012

Bahana Meninggalkan Setiap Solat




Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi agent produk keluaran catalyst,boleh juga email kepada saya OK! stokiscatalyst@gmail.com call /sms 012-9702415 peluang perniagaan menanti anda! http://stokiscatalyst.blogspot.com

Monday, March 12, 2012

Pengorbanan seorang isteri

aunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..


Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi agent produk keluaran catalyst,boleh juga email kepada saya OK! stokiscatalyst@gmail.com call /sms 012-9702415 peluang perniagaan menanti anda! http://stokiscatalyst.blogspot.com

Friday, March 9, 2012

Cerita Ajer !!!!

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata,
“Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!”…
Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing…

one more


Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli : “Bang, berapa harga mangga sekilo?”
Peniaga : “RM7!”
Pembeli : “Amboi, mahal sangat… RM5 sudah la!?”
Peniaga : “Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!”
Pembeli : “Kalau tak manis, macam mana bang?”
Peniaga : “Kalau tak manis, tak payah bayar!”
Pembeli : “Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!”
Peniaga : “#$%@%&%????…


one more

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan…
Pak Pandir : “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..
Pak Pandir : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
Org Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : “Lahupa.. boleh ya!”
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir…
Org Asli : “Lahupa itu berapa?”
Pak Pandir : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?”

Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi agent produk keluaran catalyst,boleh juga email kepada saya OK! stokiscatalyst@gmail.com call /sms 012-9702415 peluang perniagaan menanti anda! http://stokiscatalyst.blogspot.com

J@nG@n Ket@w@

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal…
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi…
Hadi : “Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu..”
Isteri : “Iya, bang.. cakaplah..”
Hadi : “Aku mau kau kahwin dengan Harun…”
“Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?” dengan terkejut isterinya bertanya.
“Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu…”

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang “programmer” anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found…
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied…
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters…
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It’s by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use … Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. “

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus… Mana abang kenal isteri dia?”

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini…
Isteri : Apalah abang nie…asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang…tak adil lah macam nie…asik asik abang aje…
Suami: La…abis ayang nak cakap macam mana…
Isteri : Abang cakap la…rumah kita…kereta kita…TV kita…sofa kita… bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama…
Suami: Ahhh..iya lah…iyalah…
Isteri: Hmm…abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?…
Suami: Haa…ada awak nampak…seluar dalam KITA…???
Isteri%#@**^&%#@

Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan…
Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya…
“Berapa bulan, Puan…?”
Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.
“Dah Masuk lapan bulan ni…” sambil mengusap2 perutnya.

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.
Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.
Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.
Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.
Terakhir peserta dari Bangladesh…
Baru 1 minit… 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi agent produk keluaran catalyst,boleh juga email kepada saya OK! stokiscatalyst@gmail.com call /sms 012-9702415 peluang perniagaan menanti anda! http://stokiscatalyst.blogspot.com

Thursday, March 8, 2012

Jejai & Fasha Sanda Di Kursus Pra-Perkahwinan



Fasha Sandha sudah pun menempah gaun kahwin. Sudah pun bergambar untuk pra-perkahwinan. Sekarang sudah pun menghadiri Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam pada Sabtu dan Ahad lalu di Mahligai Firdaus, Setiawangsa.Cuma yang belum pengumuman tarikh sebenar pasangan Fasha-Jejai ini bernikah sahaja.
Ada spekulasi mereka akan bernikah bulan ini. Tunggu jelah.Apapun bahagia dan mewahnya hidup Fasha semenjak bersama Jejai. Sayang betul Jejai padanya. Hari lahir Fasha saja sanggup kasi BMW sempena hari
kekasih juga 14 Februari lalu selepas kereta BMW Fasha dahulu telah dicuri dihadapan salonnya. Untungkan?
Semuga pasangan ini terus bahagia selamanya dan Jejai dapat membimbing Fasha untuk dunia dan akhirat yang hakiki.

sumber: OH ARTIS


Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi agent produk keluaran catalyst,boleh juga email kepada saya OK! stokiscatalyst@gmail.com call /sms 012-9702415 peluang perniagaan menanti anda! http://stokiscatalyst.blogspot.com

Tegur Isteri Tanda Sayang



Tegur Isteri Tanda Sayang
"Hidup berumah ini ini perlu ada seninya", nasihat seorang tua pada saya pada suatu hari.
"Seni bagaimana tu Pak Cik?", tanya saya sambil tersenyum dan seterusnya ketawa.
"Ish kamu ni, jangan fikirkan yang bukan-bukan", balasnya."Tak adalah Pak Cik, saya mengusik ja".
"Macam ni, ada banyak seni yang yang perlu dipelajari terutamanya yang baru bergelar suami seperti kamu".
" Seni bagaimana tu Pak Cik".
"Ada banyak seni sebenarnya. Tapi salah satu seni yang paling penting diperingkat awal perkahwinan ini adalah seni menegur isteri".

Menegur Isteri Suatu Cabaran
Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang lelaki. Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.
Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan. Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si suami membontoti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun dirasakan wangi seperti deodoren.
Fitrah Wanita Perlu Di Tegur
Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.
Oleh sebab itulah Baginda S.A.W telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:
Sabda Nabi S.A.W:
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita"  (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

Seni Dalam Menegur
Sebagaimana pesan Nabi S.A.W, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan tulang yang bengkok ini.
Menurut Pak Cik tersebut, ada perkara-perkara yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan untuk menegur isteri.
Pertamanya, teguran tersebut boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang. Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.
Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Si suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri. Namun begitu katanya, jangan sekali-kali menegur isteri dengan sms kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya sms tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu.
Tetapi menurutnya, ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Asalnya ianya berhikmah nescaya ianya membawa kepada mawaddah. Teguran mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan "kekuasaan" sebagai suami semata-mata. Bak kata orang tua-tua, "cubit-cubit sayang".

Bahana Suami Tidak Menegur
Sesetengah golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.
Takutlah akan pesan Baginda S.A.W :
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , berkata nabi : " Iiatu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) - ( Riwayat At-Tabrani)

Menegur Isteri Tanda Kasih Sayang
Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seorang suami itu menyayangi isterinya. Namun begitu, ada juga premis yang menganggap perkara ini boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.
Sekiranya isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga. Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus.
Hidupkanlah budaya tergur menegur , nasihat-menasihati di dalam rumah tangga. Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.

Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi agent produk keluaran catalyst,boleh juga email kepada saya OK! stokiscatalyst@gmail.com call /sms 012-9702415 peluang perniagaan menanti anda! http://stokiscatalyst.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog ini milik kasih.annur